Open Office & Libre Office -
Alternatif kepada Microsoft Office!
Assalamualaikum....
Bagi mereka yang tidak menggunakan
perisian Windows yang tidak asli/original, kemungkinan menghadapi
masalah untuk menggunakan perisian Microsoft Office. Jika mereka
download secara pirate, dan serial palsu xdapat di detect,
beruntunglah. Bagi mereka yang terkena detect menggunakan serial
number palsu, susahlah.
Perisian Microsoft Office ni pada masa
sekarang buleh kata perisian yang mesti ada dalam sesebuah komputer.
Perisian untuk menaip seperti Notepad dan Wordpad boleh diguna pakai
akan tetapi agak terhad penggunaannya. Perisian Microsoft Office yang
selalu kita guna adalah seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan
Microsoft Powerpoint.
Ada banyak lagi akan tetapi 3 di atas
merupakan yang paling banyak digunakan. Boleh dikatakan untuk mereka
yang buat bisnes, memerlukan 3 perisian tersebut. Hari ini saya telah
jumpa penyelesaian kepada masalah ini dengan mengesyorkan kepada anda
untuk menggunakan perisian open sourse.
Ada 2 perisian open source yang boleh
menggantikan Microsoft Office ni iaitu <a
href="http://www.openoffice.org/" target="_blank">Open
Office</a> dan <a href="http://www.libreoffice.org/"
target="_blank">Libre Office</a> . Perisian ini
sememangnya percuma. Tidak perlu keluarkan 1 sen pun untuk
mendapatkan perisian ini melainkan bayar line internet sahaja. Bak
kata mereka dalam website mereka, “you can use it, customize it,
hack it and copy it”. Sampai camtu sekali kata mereka bagi
menunjukkan free tuh.
Perisian ni memerlukan <a
href="http://www.java.com/en/download/index.jsp/"
target="_blank">Java Runtime Environment</a>yang
mana juga free untuk di download. Saya telahpun mendownload Libre
Office pada hari ini dan post untuk hari ini saya bawakan khas dari
Libre Office. Sangat-sangat user-friendly perisian ini seakan-akan
Microsoft Word sahaja.
Sekian dulu, semoga post kali ini dapat
membantu bagi mereka yang bermasalah mencari/mendapatkan perisian
untuk menaip dalam komputer. :)