Thursday, August 25, 2011

Juadah bersahur simple tapi kenyang!! :)

Semasa kat bazaar ramadhan Mergong petang tadi, terus beli juadah untuk bersahur sekali. Malas biasanya nak kuar lagi untuk beli makanan lebih2 lagi sorang ni. Untuk berbuka tadi makan nasi tomato ayam goreng dan filamen ketam 2lidi bersama cucur udang. untuk sahur pulak, beli roti johnny.

Banyak gerai jual roti john kat bazaar ni. Harga biasanya rm2.50 untuk roti pendek danrm3.50 untuk roti panjang. Ada sesetengah tempat jual rm4.00 tapi of cos ade tambahan sepesel sikit la seperti tambah cheese ke, black pepper ker.

Cakap pasal roti john ni teringat tiba2 pada sedara terapat nya yang dinamakan Hamlet. Yerrr bukan helmet tapi hemlet. Hemlet ni roti panjang jugak, ade telur, tapi xde sos dan mayonais, sebaliknya taruk jem kaya. Dari segi harga rasanya lebih murah hamlet pada roti john. Boleh dikatakan semenjak kehadiran roti john ni, hamlet mula dilupakan.

Salah satu juadah lagi yg semacam roti john dan hamlet ni dipanggil burger oblong. burger... Harga universal bagi sebiji oblong ayam lebih kurang rm3.50. Kalau versi sepesel lebeh sikit la harganya. Common sense je la benda camtu kan...

Berbalik pada roti john yang aku beli tadi, dalam banyak2 kedai yang jual roti john, aku singgah satu kedai tu sebab aku tengok isi dalam roti tu banyak ketulan ayam. Kira aku rasa macam berbaloi beli dapat ayam tu. Kat tempat len yang aku dok lalu, mcm nmpk letak telur je. Masa beli tadi nampak sedap, dan bila makan memang la terserlah kesedapannya.

Dia taruk sos cili banyak wooo... Nanges2 la sikit dekat2 ngap terakhir tu. Aku x suka pedas2...:P Mayonis x dilupakan, tapi x banyak. Sos black pepper ade sikit. Erm sedap3... Aku sahur pukul 12.30am setiap hari. X bez bangun lepas tido lena. Paham2 la mulut dah berbau masa tu, nak makan pulak... :P



Jemput ler NGAP kalau rasa boleh~ :P

No comments: