Monday, September 26, 2011

Mereka juga mahu hidup bahagia. Bantulah mereka.

Terfikir untuk memelihara haiwan peliharaan? Tanya diri anda berdasarkan soala-soalan berikut:

Kenapa kamu perlukan haiwan peliharaan?
Sungguh menakjubkan kerana ramai sekali orang yang gagal menanyakan diri mereka sendiri soalan mudah ini sebelum mereka memelihara haiwan. Memelihara haiwan hanya sekadar "mahu membela" ataupun kerana anak-anak menginginkan kucing adalah satu kesilapan besar. Jangan kamu lupa bahawa haiwan tersebut mungkin akan bersama kamu untuk 10 - 15 tahun lamanya.

Adakah kamu mempunyai masa untuk haiwan peliharaan?

Hanya kerana anda letih mahupun sibuk, kucing dan haiwan peneman anda tidak boleh dibiarkan. Mereka memerlukan makanan, air, senaman, penjagaan dan pemanjaan setiap hari setiap tahun. Adalah satu tanggungjawab besar kepada sesiapa yang menambah mereka sebagai peneman dalam sesebuah keluarga. Masa, duit dan kesungguhan adalah perlu sebelum berfikir untuk memelihara haiwan. Kebanyakkan haiwan yang dilindungi di pusat penjagaan haiwan adalah kerana para pemelihara tidak sedar berapa perlunya semua ini sebelum memelihara mereka.

Tempat tinggal anda dibenarkan untuk memelihara haiwan?

Kebanyakkan apartment/kondominium tidak membenarkanhaiwan peliharaan dibawa masuk. kebanyakkan larangan turut disertakan jenis dan saiz haiwan tersebut. maka, persiapkan diri anda intuk mengetahui tentang hal ini sebelum membawa masuk mereka ke kawasan anda.

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk saya memelihara haiwan?
Jika anda mempunyai anak yang berumur 6 tahun ke bawah, adalah digalakkan anda menunggu beberapa tahun lagi sebelum berbuat demikian. Pemilik haiwan hendaklah memerlukan kanak-kanak yang cukup matang dan bertanggungjawab. Jika kamu merupakan seorang pelajar, tentera atau mungkin seorang yang kerap berkerja di luar kawasan, adalah baik sekiranya menunggu sehingga anda selesai sebelum mendapatkan haiwan peliharaan.

Adakah haiwan peliharaan anda yang lain boleh 'NGAM' dengan haiwan baru yang anda mahu bela?


Jika anda pergi bercuti, siapakah yang akan menguruskan haiwan peliharaan anda?


Adakah kamu akan menjadi seorang pemilik haiwan yang bertanggungjawab?
Tentulah! Sekiranya anda memberi haiwan peliharaan anda kasih sayang, keakraban,senaman, diet yang sihat, dan pemeriksaan tetap oleh pusat veterinari dan lain-lain keperluan.


Adakah anda bersedia untuk memelihara dan menjaga haiwan peliharaan anda untuk seumur hidupnya?
Apabila kamu memelihara apa-apa haiwan, kamu sedang membuat satu komitmen untuk menjaga mereka untuk seumur hidup mereka.

Dapatkan haiwan peliharaan anda di kedai ataupun anda juga boleh mengambil mereka dari pusat perlindungan haiwan.

Contoh pusat perlindungan haiwan yang ada di Malaysia adalah SPCA di Selangor. Sila ke laman web SPCA di SINI untuk maklumat lanjut.

Spca_logoproduction.s3.amazonaws.com/promotional_kits/38/banners/large/SPCA_logo.jpg" />

Saturday, September 24, 2011

Oh Nokia 6085 ku...

Saya ada sebuah telefon bimbit jenama Nokia siri 6085. Wah skema betol ayat nya... Henpon ni saya beli dr sorang brader yang jual online menerusi www.mudah.my suatu masa yang lalu. Baru2 ini henpon ini telah mengalami kemalangan yang tidak disengajakan lalu kecederaan yang diterimanya menyebabkan skrinnya xidup.

3
hari yang lepas saya pun membawa henpon ni ke kedai berhampiran dengan tujuan supaya henpon ni kembali pulih seperti sediakala. "kena tinggal sehari ni bang, kami nak kne check dulu ape masalahnya, rasa2 mcm ribbon punya hal ni." kata brader tu. "okey la bang, kalau ribbon berape agak2 caj nyer?" saya tny la nk prepare duit. "dalam RM70 jugak ni..."jawabnya kembali.

Saya memang xde pilihan lain, kerana nak sembuhkan henpon yg rosak, maka saya terpaksa akur lah dengan harga tu, dan bersetuju utk tinggalkan sehari bagi brader tu operate. Sayang jugak kat nset ni sebab bateri leh tahan lama, nokia punya brand katakan, lagi pulak, saya ni jenis yg mengumpul nset nokia jenis flip ni. Ada style gitu main flip2 ni... :))

B
esoknya dekat2 petang saya terima mesej dari brader repair henpon tu, 'henpon u sudah siap, RM60' seronok betol rase dalam hati nset dpt diselamatkan. 'ok2 nanti saya ambik' saya reply padanya. Tapi saya agak malas nak keluar malam tu semata2 nak ambik fon jer... saya biarkan dulu.


M
alam ni baru saya g ambik, dh siap bayar semua, sy try ON kan nset... xdpt... "mungkin bateri dh abis power" sangkaan saya pada masa tu. Saya pun balik rumah, sambung charger, masih jugak xde respon. saya tukar bateri dengan henset lain, berjaya ON. Handset dh ok. Alhamdulillah... Bila tukar bateri asal, xdpt ON. Aduh... bateri pulak wat hal. Xboleh pkai lagi la nset i nmpknya.





Cun la jugak design nset ni utk zaman masa keluar dulu :)



Berplaster lagi...(tanda x sihat) :P