Monday, March 26, 2012

Balik KL penuh tensen.

Salam 1 Malaysia,

Pada suatu hari, bertarikh 25 Mac 2012, hari Ahad, sy telah meninggalkan bumi Alor Setar untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. 3tahun dh berlalu, segala pahit manis di Alor Setar ku buang ke tepi, kini aku menuju ke Kuala Lumpur atas nama hijrah! Berpindah kerja je lah.

Bak rangkap lagu Slam, 'ku sangkakan~ panas berpanjangan~ rupanya gerimis, rupanya mengundang~' itulah terjadi padaku. Agar sukar bagiku nk menceritakan, tapi ku harus tabah dan ceritakan jua. Sy memulakan perjalanan pd pukul 9pg. Dr Alor Setar menuju ke Sungai Petani, problem pertama yg brlaku pd ku, gear 5 menendang ke neutral. Adus, sgt menyakitkan hati betol lah. Call Forest(engineer a.k.a bos kcik) bgtau. Dia kata 'xboleh buat apa, mahal woo kalu repair sana, u slow2 bawak gear 4 la kawan'. No choice. Aku pn xde wang sgt, aku bwk je lah gear 4 pn.

Aku bwak lg sampai la ke bkt mrtajam, kat sana, gear 4 plak wt hal. Menendang msk gear neutral. Waduh2, apa hal ini??
Asal bwk lbh 3rpm je, tendang. Maka aku bwk la slow maintainkan bwh 3rpm, kira2 70kmj je lah speed aku. Aku bwk lagi, sampai dkt2 kuala kangsar, semput plak. Kereta xckup power.

Bwk lbh kurang 1km smput, brnti aku kat tpi jalan kasi enjin ok, lg jalan pun sama jgk. Aku call forest, cilaka x nak angkat. Aku call bpak dia. Bpak dia site manager a.k.a bos bsar sikit. Pun sama kata suh jalan gtu smpai KL. Jauh lg ni pakcik! Aku jalan lg smpai kwsn bukit2, kat sana memang azab, kereta xlarat dh, enjin pon xmau hdup. Aku call lg bos bsar siket, dia kata try mntak tlg sama PLUS. Aku call PLUS 1-800-88-0000, mintak tolong.

10mnt nunggu lbh kurg, Peronda PLUS dtg, dia check2, kata fuel pump prblem. So kne tarik la keta tu. Kereta naik lori. Dia htr ke tol trdkat iaitu tol Jelapang. B4 angkut dia ada gtau ada pomen kt sana kalu nk repair. Siap bg no lg suruh deal mcmana. Dorg dh pakat ni. Sepanjang di atas lori, aku call bos bsar sikit tu nk tny mcmana. Cilakak 3x call xjgk angkat. Call blk pn x. Menyumpah2 aku. Geram, nk lpas tgn xnk tlg. Last choice, aku call manager trus. Mula2 call dia xangkat. Nk nanges rasanya. Pahtu dia call blk, aku story lah kt dia itu ini, dia kata 'xpe, u htr pomen sana tgk la mcmana, mintak kurg ckit, tgh2 hway rosak, pomen kasi mahal punya'. Aku mintak ngan bos duit pasal aku btl2 xdk duit lah. Bos kata 'xper, u deal harga, nanti kasi sms bank akaun, sy bank in kasi kamu lah. Nanti angkat resit, besok kasi sy' wah lega hati aku. Tp memang pomen tu knekan harga kaw pny, pakat ngan org PLUS. Mesti punya.

Sampai kat tol, org PLUS tu tny nk htr pi pomen ke x? Kalau nk htr pi pomen, dia htr ke kdai. Kalau x dia trunkn keta kat tol tu je. Aku hbaq la nk pi pomen. Dia pi pusing masuk jalan mana ntah tup2 ada lori tarik dk tggu tpi jalan. Smthg fishy btl la. Kan? Turun lori PLUS, naik lori pomen ke wokshop. Sah2 dorg dh plan baek punya. Sampai je kdai, pomen test, dgn yakin kata bkn fuel pump, tp distributor yg prblem. Tukar sbijik. Rm450. Towing Rm80, workmanship Rm80, air filter tukar Rm18. Rm650 smua skali. Pergh! Memang bos byr tp memang mahal la aku kne 'katok' nga dorg. Dh siap byr, aku truskan pjalanan.

Bwk lbh kurg 12km lpas kuar tol meragam lg. Call pomen xmau mari. Cilaka! Aku bwk ngan gear 4, bwk rpm bwh 3. Slow je la spanjang jln, smpai kt mana ntah, hjan lbt plak, nk tgk jalan pun pyh, pasang ekon, slow+sejuk=mengantok woo... Brnti kat 1 r&r tdo 20mnt. Kmudian truskan lagi, pun hjan jgk lg.

Begitu je la sepanjang jalan sampailah tempat nk dituju kat Putra Perdana, Selangor. Mungkin aku keluar rmh silap langkah kaki.

Sekian edisi tensen balik KL.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 21, 2012

Doa selepas sembahyang

Salam 1 Malaysia,

Sebagaimana yang kita tahu, doa merupakan senjata bagi umat islam. Antara doa yg akan dimakbul oleh Allah SWT adalah doa yang kita rangkap dan tuturkan selepas menunaikan solat fardhu. Adalah sangat dituntut supaya kita mengakhiri setiap solat dengan doa dengan doa-doa yang baik.

Terdapat pelbagai jenis doa yang boleh kta doa kan. Berdoa tidak memerlukan skil seperti mahu jadi mekanik, cukup sekadar meminta dengan menadah tangan, mulakan dgn bacaan basmallah, seterusnya pohon la apa saja yang baik2 kepada Allah sambil berharap Dia akan memakbulkan doa2 kita.

Antara doa-doa yg saya kira wajib ada dlm setiap doa adalah doa kepada ibu bapa kita. Bacaannya sebagaimana berikut;

Bismillahirrahmanirrahim...
Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani shorigho.

Yang ke-2 yg patot ada pada pndapat saya ada lah doa mengharapkan kita dianugerahkan pasangan hidup yang baik dan anak2 yang baik dalam kehidupan kita. Bacaannya;

Bismillahirrahmanirrahim...
Robbana hablanaa min azwaajina wa zurriyatan qurrata a'yyun waj alna lilmuttaqina imamaa.

Doa ke-3 x lain xbukan iaitu mendoakan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Bacaannya;

Bismillahirrahmanirrahim...
Robbana atina fidduniyya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina aza bannar...

Di penghujung doa, sebutlah ungkapan 'Aminn ya Rabbal Alamin' mudah-mudahan doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Selamat berdoa :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lebuhraya Ke Neraka

Salam 1 Malaysia,

Sebentar td sy menonton sebuah rancangan berbentuk forum yg diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu yg menampilkan moderator saudara Amin Idris dan ahli panelnya Ustaz Zaharuddin, Mamat Khalid dan penyanyi Nora. Forum ini bertajuk 'Hiburan di Malaysia, ke Mana Arah Tujunya'.

Pelbagai kupasan dan kupasan berkisar tentang hiburan yg disajikan di Malaysia, bentuk pengisiannya, dan ke mana serta bagaimana hala tujunya di masa akan datang. Secara kesimpulan, Nora menyatakan apa saja yg kte mahu lalukan, nawaitu atau niat kena betul. Mamat Khalid pula menceritakan pengalamannya membuat filem bagaimana memasukkan elemen2 tersirat dan menyebarkan kepada penonton. Berkenaan ustaz Zaharuddin, sy tertarik dgn satu ayat dan saranan beliau buat semua iaitu 'MLM yang paling menguntungkan adalah menyampaikan ilmu yang bermanfaat'. Walau kita tidur skalipun, andai ilmu yg kte sampaikan digunakan oleh org laen kte tetap mendapat pahala.

Berkenaan tajuk post saya kali ini, ia merupakan filem terbaru Mamat Khalid yg berunsurkan dakwah. Sebelum beliau menghasilkan filem ini, beliau kerap merujuk pada mufti dan ulama berkenaan apa yg boleh dan tidak boleh dipertontonkan. Di forum tersebut turut ditayangkan sedikit trailer filem tersebut.

Menampilkan tonggak utama Awie, dan turut dibintangi oleh Khir Rahman dan Shah Jazsle serta ramai lagi. Agak menarik dan membuat saya menunggu-nunggu nak menontonya. Tajuknya pun agak menggugat jiwa. Lebuhraya ke Neraka.

Sekian... :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 20, 2012

P1 '4G' yang menyakitkan hati.

Salam 1 Malaysia,

Ni speedtest result P1 yang 4G mcm haram laju. Subscribe plan Rm99 sebulan, quota 1.5Gb, download speed 2Mbps, upload speed 1Mbps. Tapi ini yang aku terima. Betol2 meng 'tahik' bapak babi la P1 ni.

Sekian,chow! :(

Mael Lambong??

Salam 1 Malaysia,

Boring2 td duk menconteng karekter Mael Lambong yg diperkenalkan oleh Zizan Raja Lawak. Enjoy!

CSL Mi350 android Froyo bawah Rm500

Salam 1 Malaysia,

Hari tu dh jatuh cinta ngan android, lepas survey-an dibuat, mula2 yg berkenan di hati ada lah dari brand CSL. Modelnya ada lah Mi350. :)

Dengan bajet bawah Rm500, gadget ini boleh didapati di pasaran dgn harga sekitar Rm400-Rm500. Ini model lama jadi dh turun harga byk la. Di awal pelancaran, harga gadget ini ada lah Rm699.

Ape yg ada pada Mi350 ni. Mari kita selami dari luaran serta dalamannya. Apakah keistimewaannya sehingga membuat sy add dia dlm senarai Android Wishlist sy. Kita mula dgn saiz, tingginya 114.8mm, lebarnya 62.8mm dan ketebalannya 14.7. Saiz yg ideal utk tapak tgn sy. Mengenai skrin, nset ni menggunakan 3.5" HVGA capacitive touchscreen (480x320). Boleh lawan Galaxy Y skrin dia.

Sebagai memenuhi keperluan internet di smartphone, nset ni ada network GSM, Gprs, EDGE, UMTS, 3G dan xketinggalan mempunyai wifi juga. Sebagai memenuhi keperluan golongan muda untuk bermusic, gadget ini dilengkapi dgn mp3 player, video player dan juga FMradio. 3.5mm audio jack yg disediakan betul2 up-to-date dgn teknologi terkini. Bravo CSL!

Operating System android ini adalah Froyo 2.2 dan khabarnya boleh di upgrade ke Gingerbread 2.3 yg mungkin lebih baik ciri2nya. Menurut seorang kawan, bermula dgn Froyo, version tersebut sudah stable jika nak dibandingkn dgn versi android sebelumnya iaitu Eclair dan Donut. Mengenai processor, gadget ini menggunakan Qualcomm. Sama brand dgn yg diguna dlm Blackberry Storm. Bersama itu jgk 512RAM dan 512ROM disediakan.

Gadget ini dilengkapi dgn A-GPS bersamanya. Bravo, GPS adalah sesuatu yg sy inginkn. Port charging nset ini menggunakan USB 2.0. Barangkali cucuk USB ke PC atau laptop jgk blh mengecaskan gadget ini? Untuk menampung semua ini, gadget ini didatangkan bersama bateri 1500mAH.

Agak berbaloi untuk dimiliki. Andaikata sy mahukan ini, sy xboleh lmbt2 kerana model ini adalah model lama dan dalam proses penghabisan stok.

Sekian.

Mengintai dari tirai kamar...

Salam 1 Malaysia,

Sejak menggunakan smartphone Blackberry Storm bermula bulan disember 2011 hari tu, saya merasakan Blackberry bukan lah jiwa sy. Saya minat nk men game kt nset, malang sekali Blackberry bukan jenis nset utk gamers macam sy. Baru2 ini sy telah diperkenalkan kepada Galaxy Mini keluaran Samsung yg membawa Android dalam dirinya oleh isteri sy. Galaxy Mini itu milik kakaknya.

Pandang pertama, hati sudah mula tertarik nk menyentuh dan membelek2 tubuhnya yg mini itu. Zappp! "slide to unlock". :P menarik2... Pertama kali membelek android yg bernama Froyo. Belek application, ada 1 game. Game tu namanya Talking Tom 2. Sy pun tekan skrin capasitive tu. Wohohoo bez boh game goni. Kucing ngajuk kito kecek. Usohkan bhasa inggeris. Bahaso kelate pun dia bedal kecek jh.

Xkecek banyok, kembali semula memegang Blackberry Storm, bukok appworld. Taip selalu dalam search bar nama application td. Xdok bos. Frust nunggeng kawe. Xputus asa, search kot tenet pulok. Baru paham, untuk android OS sahaja. OS len xbules main. Padan pon xdk dlm appworld. Frust mengensot kesedihan. Dari saat itu cintaku pada Blackberry seakan tawar x bergaram. Jelingan demi jelingan acap kali diberikan pada android si mini itu.

Dari saat itu jgk la, mcm2 jenis android dbuat kajian mengikut bajet yg sesuai utk beginner mcm sy. Ada beberapa. Akan sy sharekan dalam post2 akan dtg. InsyaAllah...

Sekian, k bye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Impian yang belum tercapai~

Salam 1 Malaysia,

Setiap manusia di atas moka bomi ini ado impian tersendiri, ada yg mengimpikan mahu menakluk dunia, ada yg mahu ada duit banyok nk jd kayo rayo, ada jgk hok mahu jadi superhero di Malaysia, ada yg nk jd pemimpin sesebuah negara dan mcm2 impian lg. Setiap manusia ni x semestinya ada 1 je impian dia pd 1 masa, tetapi byk dlm 1 masa. Andai kta bsungguh2 nk capai impian pasti tdk kte lupa dan berusaha nk mencapainya.

Saya jgk tdk trkecuali dari berimpian. Byk impian sy dr kcik smpai skrg. Ada sesetengah dh tercapai, ada sesetengah lg bagaikan mustahil utk dicapai, dan ada pula sesetengah lg belum tercapai. Berdirinya sy pada hari ini, ada lah untuk menceritakan pada semua tentang 1 impian sy yg blm tercapai. Impian ni muncul dari benak fikiran sy tahun lpas.

Pada masa itu sy bgaikan bosan nk bekerja makan gaji. Jadi timbul dr benak fikiran sy, sy mahu berniaga. Buat permulaan, perniagaan yg sy nk mulakan adalah hok kecik2 jh. Kalu anda tgk pd gmbr di atas yg sy conteng, ada pasti tahu ape yg saya nk berniaga. YA, sy mahu berniaga burger. Anda smua pasti sdg mentertawakan sy kerana ini. Walaubagaimanapun, sy tetap tdk patah smangat kerana ini impian saya. Doakan sy berjaya menyempurnakan impian sy.

Sekian, terima kasih.

Monday, March 19, 2012

Mama Chops Papa Grill

Salam 1 Malaysia,

Lepas maghrib td duk bsandar d krusi. Perot plak berbunyi tandanya lapar. Tiba2 mari rasa nk makan western. Rasa mcm ni selalu je mai lg2 taim advance masok. Memang masok pun pg td. Dok pikir2 kt mana nk p mkn western tp xdpt gmbran nk p mana. Apalagi, bukak foursquare cari. Dlm byk2 list tubek la rasa nk pi makan kat kdai Mama Chops Papa Grill.

Tapi x de la trus pegi. Kita wt research dulu. Mula2 kte buka website MCPG ni. Banyak menu. Tapi sayang berjuta kali sayang xdk harga plak. Appa la. Xputus asa, kte taip kat google search bar "harga mama chops papa grill". Mcm2 blog ala2 jalan-jalan cari makan ke MCPG tu. Skali bukak 5tab blog2. Kaji xlh pd 1sumber je. Kena byk2 sumber, baru la afdhal.

Banyak jgk menu sdp2 yg depa dh p mkn. Byk yg kat area selangor smuanya. Antara yg femes dan slalu org oder, ciken cop blekpeper, ciken cop marryland, lamb cop, pasta bolognese, lagi minuman ada air buah gelas S, M, L. Saiz gelas tu. Harga mcm berpatutan jgk la dgn ape yg dhidangkan. Lgpun MCPG ni bsnes franchise. So aku andaikan harga di mana2 MCPG standat sama lah. Ok puas hati, ttup browser, ttup kipas, lmpu, menuju ke MCPG di Alor Setar yg trletak dpn Radix Fried Ciken Shahab Perdana.

Sampai2 je, xde org kt kdai, dan lampu2 dalam kdai malap romentik gtu. Adohai len ah nga kdai kat selangor. Duduk dulu. Kendian mai hantaq menu. Asalnya nk oder ciken cop marryland la. Kalu kt blog, rm13.90 je. Xpe, kte buka menu book dulu. Naseb bek x oder td, kt sini harga UP lah. Siot. Yg aku nk oder tu harganya rm17.90. Pergh!! Agak kecewa sbb dh duduk.

Order ciken cop blekpeper je. Tu plg murah rm15.90. Tu kalu nak kira mahal tu. Kat selangor dlm blog yg ni harga rm10.90 je tau. Cekik darah betol MCPG Alor Setar ni. Last la wei aku menapak kedai korang. Air minum pun mhal, so oder kapucino ais je. Rm3.50. Lagu depa pasang dlm kdai tu pn xbez. Ape ah pasang lagu black eyed peas je. Tukar2 la wei. Dlm 10minit makanan sampai. Xde yg spesel pun. Ciken cop dia kcik. Lg untung makan kat fudkot Simpang Kuala la. Makan je lah.

Overall, MCPG Alor Setar sangat2 mengecewakan aku. Memang last aku g sana.

Kerugian sangat merugikan. Chow!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 15, 2012

5 Cara Menghubungi TNB Care Line (TNBCL)

Salam 1 Malaysia,

Rasanya ramai yg dah tahu tentang hal ni, pasal bil letrik terkini ada memaparkan tentang hal ini di halaman belakang bil. Apa pun bagi yg xberapa perasan tentang hal macam ni, sila la teruskan pembacaan.

Terdapat 5 cara untuk menghubungi TNBCL sekiranya anda menghadapi masalah bekalan elektrik di rumah anda atau di tempat2 lain yg mana memang meng-spoil kan mood.

5 cara tersebut adalah :

1) Call @ Sms nombor 15454
Daftarkan dulu melalui sms dgn cara menaip REG dan hantar ke nombor 15454.
Kemudian untuk melapor masalah menerusi SmS, taip BD atau L dan hantar ke 15454.
*BD = untuk melapor gangguan bekalan.
*L = untuk melapor kerosakan lampu jalan.
Anda kemudian akan menerima 1 SmS pengesahan alamat kejadian. Balas SmS tersebut dengan Y atau N.
*Y = sekiranya alamat seperti dalam SmS trsbut tepat.
*N = sekiranya berbeza dgn alamat yg di SmS kan kpd anda oleh phk TNB.

Perkhidmatan SMS ini adalah percuma oleh TNB. Tidak pasti sama ada telco akan caj atau tidak SMS yg dhantar.

2) Call @ Fax
Untuk pertanyaan bil dan akaun, anda boleh call atau fax ke nombor 1300-88-5454.

3) Menghubungi TNBCL untuk pelbagai masalah menerusi emel ke <tnbcareline@tnb.com.my>

4) Laman web TNB
Www.tnb.com.my

5) Laman Sosial Facebook
Www.facebook.com/tnbcareline

Cheers :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 8, 2012

Balik ke negeri miskin :)

Salam 1 Malaysia,

Puas la beraso duk Alor Setar. So pagi2 tubek menuju ke terminal bas Shahab Perdana AS mencari tiket kelik new castle, qlate. Xberharap lah mano teket ado ko dok mugo hari komis male jumaat ni meme ramai skmo ore kelik.

Lalu kot kaunter transnasional, sold out, then mutiara, sold out, next3 selepas smua sold out, ada agen tny nok g mano, bilo oyak nok g kb, dio oyak ado tp bas tambahey jh. Aku bereh jah. Walaupun bas tambahey buke lah bas burok pok. Tapi bas sewa khas. Bas persiaran. Beli... Walaupun mahal rm3 pd harga tiket biaso. Ore kelate kei miskin, mahal ckit xdk hal, beli... :D

Sekare dale bas doh. Meme bas persiaran tp comel bas. Tempat dudok 4seat sebaris. Sempit la sero doh mugo aku bucik tu gak. Okeh selamat tinggal Alor Setar. InsyaAllah pagi kare sapa di Kota Bharu Kelate.

Gomo! Gomo! Gomo!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Aris Kapilla & Jemi Intan Berlian - Lawa Lawa Lawa




Lirik lagu ini... Self made punya lirik.

Hey hey hey heyyyy
Haa haa haa haa haaa
Laa laa laa laa laa
Laa Laawaaa

Va va va va va syukriah syukriah
Syabbas bettey syabbas syabbas

Sebut kato lawa
Semuo ore lawa
Kawe pun lawa
Demo pun lawa
Demo tengok molek yolo ko dok kawe lawa
Kalu tilik tengok hmmm hmmm meme demo lawa

Adik wani lawa
Rosalinda lawa
Zaidi pon lawaa
Man khan pon lawa
Roy kapilla geletek-geletek
Gelenyar-gelenyar
Kito duo ni pun
Lawa lava lawa

Nok buat lagu keno cari studio lawa
Nok sunting gambar keno buat lawa lawa
Kalu tubek cd tengo gamba tido llawa
Ore tosey beli pendek kato toley jual
Kalu nok wat cd jange buat ala kadar
Tokey jadi rugi
Hok lawa tado llawa

Sebut kato lawa
Semuo ore lawa
Kawe pun lawa
Demo pun lawa
Demo tengok molek yolo ko dok kawe lawa
Kelu tilik tengok hmmm hmmm meme lawa

Adik wani lawa
Rosalinda lawa
Zaidi pon lawaa
Man khan pon lawa
Kalu roy kapilla geletek-geletek
Gelenyar-gelenyar
Kito duo ni pun
Lawa lava lawa

Nok cari bini keno cari lawa lawa
Kawe raso demo sendiri xsey hok tok lawa
Buke setakat bini jah hok nok cari hok Lawa lawa
Rumoh kheto mutho lembu biri pon nok lawa

Anok mudo loni pon banyok hok lawa lawa
Ado jugok perasey hok dok kato dio lawa

Haa buko kedai make keno cari pelayey lawa
Baru sedap bice beley beley tengok bola
Haaai kito nok gi make keno pakai lawa Lawa
Tidok malu kokrey pelayey xsey mari bual

Kalu kedai make cari pelayey hok tok lawa
Jadi tadok ore bengkrap tutup kedai

Acah demo lawa tino pon lawa
Kalu semo lawa doh hok mano hok tok lawa
Cumo manusio ni minat lawa lawa
Kalu hok tok comel ore panggil tidok LAWAAAAA

La la la la la la
La la la la la la
La la la la la la
Lawa lawa lawa

La la la la la la
La la la la la la lawa
La la la la la la
Lawa lawa lawa

Snek sihat

Salam 1 Malaysia,

Snek sihat terbaru bagi saya ada la campuran salad segar dan lain2 syur dimakan bersama mayonis thousands island. Salad segar agak crunchy bila dimakan dan kdg2 salad agak manis. Kalau di pizza hut semangkuk salad berharga rm6.50. Antara yg ada sbgai hdangan salad d pizza hut ada lah, salad hjau, salad pepel, butterhead, capsicum, bwang, karot merah, jagung, dan beri. Boleh ambik sebanyak mana yg kte mahu tp terhad hanya utk sekali ambk sahaja.

Semalam rasa bosan lepas makan dan membazir di Rasamas, merayau2 lah sy d dalam tesco. Selalupun begitu kalau boring je g tesco atau shppg len window shppg. Setiap rak dalam tesco mesti lalu. Beli ke xbeli itu lain kira, yg pntg, masa merayau tu berjalan dan terbazir tanpa disedari. :)

Pusing2 kat bahagian sayur segar, lalu lah sy d bahagian salad segar. Well, bagi penggemar salad segar sebagai snek, kini anda boleh dapatknnya lengkap dalam pek. Harga pun berpatutan. Semalam xbeli kerana bru lepas makan dan bimbang takut salad layu bila wt balik kerana kat rumah xdok peti sjuk bohhh!

Tido dulu :D
(tengah tensyen, xleh tdo)

Wednesday, March 7, 2012

Masalah kereta kompeni...

Salam 1 Malaysia,

Sejak bulan lepas, kereta kompeni telah betul2 menguji kesabaran yg amat sangat. Kebocoran minyak enjin! Suatu masalah yg amat xboleh dpandang ringan. Kalu kering enjin tanpa minyak enjin, silakan sedia duit lebih kurang 2rbu lebih untuk baik pulih.

2 minggu lepas dh hantar repair ke woksyop. Kata pomen tu kebocoran disebabkan sump / takungan minyak tergores. Ada 2 cara nk settlekan masalah. Pertama, tukar sump baru set tmasuk seal dan tukar minyak enjin baru. Kasi servis trus. Pasal masa tu minyak memang dh hitam pekat dh. Kalu repair camni, temasuk upah dalam Rm200++.

Masa tu tengah sengkek xdok pitih bohhh. Mintak pomen bgtau cara penyelesaian ke2. Pomen tu bgtau, kena buka sump tu, kasi welding balik tmpt tergores tu. Kemudian pasang balik tp seal kne tukar yg baru lah. Minyak mula2 kte wt kuar, simpan, dh siap kte pakai balik minyak tu. Yang ni cincai kira dalam Rm100 lebih2 lah katanya.

Orang tengah sengkek, duit yg ada pulak duit ihsan pinjam dari kawan2 rapat macam adik beradik. Takde pikior panjang doh, pilih yg 2nd ajolah. Tghari tu hantar, ptg tu dh siap. Semua skali kena Rm130. Okey lah pasal dh xde nampak minyak keluar dh. Untuk pengetahuan, keta ni lowered. Mana xsenang gores dan bocor kalu cmni. Biasa lah kereta 2nd hand. Terimalah seadanya.

Selang sminggu lepas beberapa kali pi site blk2 tgk mcm gambar kat atas tu. Bocor lagi. Tp xteruk mcm hari tu punya la. Mampus lah. Cukup2 tensyen melayan masalah kereta kompeni ni. Pun gtu apa yg bestnya, boleh claim balik full amount. Yang xbrape best nya, nk kena menanggung sndiri dulu sbelum dpt claim.

Sekian edisi tensyen! :(

Tuesday, March 6, 2012

Jalan - Jalan Cari Makan di Rasamas


Salam 1 Malaysia,

Niat asalnya nak pergi makan di Tesco Mergong Alor Setar malam ini sebagai dinner. Biasa gi sana makan roti sosej, roti floss ayam dan juga biskut tat dari kedai bakery yang ada di sana, tapi malam ni rasa nak makan sizzling yee mee kat food court. Tengah menuju ke sana, isteri mesej kata mahu makan bersama suami Sabtu nanti bersama di Kota Bharu. Seronok jugak makan berdua, so ubah tujuan, masuk lah ke Rasamas mencuba makanan di sana.

Orang agak ramai, tapi meja hujung yg sedikit tersorok ade kosong. Saya suka makan tempat2 ala gtu. Sebaik sahaja duduk datang pelayan memberikan menu booklet untuk memesan pesanan. Belek punya belek nampak chicken chop sedap. Terus order chicken chop. Well harus dan wajib aku katakan harga di Rasamas agak mahal dan x reasonable jugak. Tambahan ada service charge dan Government tax lagi.

Chicken chop yang aku makan tu berharga Rm14.20. Chicken chop ni ada 2 versi, 1 versi chicken chop bersama wedges, manakala satu lagi chicken chop bersama nasi. Harga kedua-dua versi ini sama iaitu Rm14.20. Harga minuman jugak mahal. Paling murah untuk dipilih adalah minuman bergas yang terdiri dari pada Pepsi, Strawberi, Revive, Mountain Dew. Aku order Mountain Dew yang berharga Rm3.20.


Ingat nak kuar dah masa tu tengok harga mahal, tapi sebab duduk seat hujung rasa malu la pulak nak kuar, maka kamikaze je lah makan kat situ. Sesampai apa yg diorder sgt xpuas ati. Kenapa ayam kecik sgt x mcm dalam gambar! Arghhhhh.... Air pun gelas kecik jer. Patot masok kfc td bukan masuk Rasamas...

Kalau gi kfc td dh dapat beli dinner plate dah. dapat 3 ketul ayam, coselaw, mashed potato, bun, dapat air sekali gelas besar sikit pada gelas kat Rasamas ni. Apa boleh buat makanan pun dah sampai, makan aje lah. Rasa chicken chop kat Rasamas pun biasa saja mcm kat luar punya chicken chop yang berharga lebih kurang Rm8 - Rm9. Rugi, rugi, rugi.

So, pada yang rasa nak makan kat Rasamas tu silalah berfikir banyak2 kali. Atau boleh tengok dulu senarai menu dan harga di laman wen Rasamas di SINI :)

Cheers!!

Monday, March 5, 2012

Berkenalan dengan jenis-jenis paip air :)

Salam 1 Malaysia!

Oleh kerana aku merupakan seorang Site Supervisor terkenal di Malaysia. Oke tipu je. Aku nak kenalkan pada semua jenis2 paip air yg digunakan di Malaysia. Jenis2 paip ini aku dapat tahu setelah 2tahun setengah bekerja dengan kompeni Loo Sek Choy Plumbing Construction Sdn Bhd.

Buat masa sekarang jenis2 paip air ada 7 jenis semuanya, andai ada lebih jenis2 lain, mohon maaf sy tidak tahu. Jenis2 paip yg ada namanya : PVC, UPVC, Galvanise Iron, HDPE, Mild Steel, Ductile Iron, dan Cast Iron.

Mari kita berkenalan setiap satunya dimulai dengan PVC.Paip PVC ni biasanya digunakan dalam rumah sahaja. Biasanya paip PVC ni berwarna kelabu. PVC itu bermaksud Polyvinnyl Chloride. Sambungan antara paip ke paip PVC menggunakan gam paip biasanya berwarna biru. :)


Yang kedua iaitu uPVC. uPVC bermaksud unplasticised Polivinnyl Chloride. Warna paip jenis ini biasanya putih. Paip ni biasa kita boleh jumpa sebagai paip saluran air hujan dan saluran buang lubang tandas. Sambungan paip ke paip jenis ini menggunakan gam. :)


Galvanise Iron biasanya boleh dilihat pada meter air. Paip ini warnanya silver. Paip jenis ini tahan lama akan tetapi akan menjadi karat di dalam dan akhirnya menyebabkan paip tersumbat. Sebab itu paip jenis ini kurang diguna di dalam rumah. Oleh kerana paip ini tahan lama, maka harganya juga lebih mahal berbanding 2 yang td. Paip jenis ini mempunyai
thread luar untuk menyambung antara paip.


Seterusnya mari kita berkenalan dengan paip HDPE atau nama panjangnya High Density Polyethylene. Biasa kat kedai hardware paip ni kita panggil sebagai Poly je.Paip ni flexible, boleh dilengkungkan xmacam paip2 len. Sambungan antara paip ni menggunakan sambungan khas dipanggil Poly Socket.


Kelima, paip jenis besar kegunaan industri dan luar rumah yang dipanggil sebagai Mild Steel. Paip ini adalah besi dan untuk menyambungkan antara paip sejenisnya adalah dengan Welding menggunakan welding rode untuk besi. Kebiasaan paip ini panjangnya 6m. Sebelah hujung paip diameter besar manakala sebelah lagi kecik, ini dinamakan spigot-end.Paip ni ada simen lining di dalam sebagai protection mengelakkan besi paip ini berkarat.


Ductile Iron juga paip besi akan tetapi tidak boleh welding. Paip jenis ini juga paip luar rumah dan juga kegunaan industri. Sambungan paip ini sama seperti paip Mild Steel kerana hujungnya jenis spigot-end. Panjang paip jenis ini biasanya sebatang 6m. Sekiranya paip ini telah dipotong, maka penyambungan hendaklah menggunakan alat yang dipanggil Long Collar atau juga dikenali sebagai Coupling Joint.


Cast Iron juga merupakan paip besi dan sambungan melalui cara welding akan tetapi menggunakan welding rode untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang 1inci. Sama seperti paip di atas sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong, hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang kerana tidak tahan hentakan, sekiranya terhentak, boleh pecah.


Jenis paip yang terakhir adalah Asbestos Cement. Asbestos pada masa kini sudah dianggap material bahaya maka tiada lagi penghasilan produk jenis ini. Produk ini sangat mudah pecah dan perlu cermat bila memasangknya. Sambungan seperti juga paip Mild Steel, Ductile Iron dan Cast Iron iaitu spigot-end. Sekirang dipotong juga terpaksa menggunakan Long Collar atau
Coupling Joint.



Sekian, dan selamat berkenalan. :)