Sunday, October 2, 2011

Berniaga Burger bukan kerja mudah.

Kita selalu membeli burger di gerai2 tepi jalan kan. Ringkas je kan gerai tu? Macam simple dan senang jer sekali pandang. Akan tetapi jika kita cuba perhalusi satu persatu, agak rumit juga sebenarnya. Saya dalam angan2 ada berminat untuk berniaga burger tepi jalan suatu masa nanti. Memandang kan saya ada belajar siket tentang keusahawanan, saya pernah cuba perhalusi selok belok perniagaan burger ni. Coretan demi coretan saya lakukan supaya gambaran angan2 saya tadi 'menjadi'. Rumit dan berisiko jugak sebenarnya bagi saya.

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum berniaga burger antaranya seperti ;
- Minat. Amat penting.
- Lokasi. Mesti dapatkan tempat yang berpotensi untuk untung.
- Kewangan. Modal mesti ada sekurang2nya Rm2000.
- Kebersihan. Makanan yang bersih menyihatkan.
- Menu. Mesti buat menu yang unik yang tiada di tempat lain dan sedap.
- Pandai memasak. Ada cara2 tertentu menyediakan makanan bergoreng ni.
- Hiasan topping. Kena tersusun. Pernah tengok spongebob buat crabby patty??
- Kesungguhan. Jangan hangat2 tahi kerbau saje dan jangan cepat mengalah.

Sebelum buka gerai, sebagai peniaga perlulah cukup syaratnya. Lesen perniagaan kena ada. Tempat nak buka gerai pula hendaklah mendapat kelulusan pihak berwajib. Lesen dan kelulusan ini adalah sejenis dokumen yang wajib ada pada seorang peniaga walau apa jua jenis perniagaannya. Perlu ada sumber elektrik dan air.

Jika sudah ada, beralih pada kelengkapan gerai pula. Kita tengok sesebuah gerai, nampak simple saja. Tahukah anda gerai burger kosong tanpa kelengkapan dijual serendah Rm900?? Jika masuk kelengkapan, boleh mencecah Rm1200. Campur pula bahan2 untuk berniaga, maunyer Rm1500. Jumlah yang agak besar juga tu bagi sebuah gerai kecil. Walaupun begitu, penyediaan peralatan 1 kali sahaja sepanjang berniaga, bahan2 saja yang selalu kena update. =)

Okey sekarang kita sudah ada lesen, lokasi gerai dah dapat kelulusan, dan sudah mempunyai gerai kosong. Elektrik sudah dapat, paip bermeter untuk gerai sudah dipasang. Kita ushar2 plak kelengkapan2 yang wajib ada untuk memasak burger. Apa yang perlu ada pada gerai kita?
- Payung besar. Kalau gerai anda sudah berbumbung, save cost lah.
- Hot plate 4 segi. Mesti tahan karat. Bahaya karat kalau kita termakan karat..
- Dapur gas.
- Tong gas.
- Pisau roti, pisau majerin, pisau sayur.
- Scrapper, sudip, pelenyek roti(maaf saya xtahu nama alat).
- Bekas sayur.
- Penyepit.
- Pembuka tin.
- Botol sos dan botol mayonis.
- Tong sampah. Kebersihan kawasan gerai kena jaga.
- Plastik sampah.
- Apron.
- Blender.
- Lampu dan extension wayar serta soket.
- Baldi, besen, tong.
- Sabun basuh pinggan mangkuk.
- Tong polisterin. Untuk simpan ais dan bahan2 sejuk beku.
- Tuala kecik, kain lap meja.

Sesudah lelegkapan gerai, beralih pula pada bahan2 nak masak burger. Antara bahan2 masakini yang perlu seperti ;
- Daging burger biasa ayam/lembu.
- Daging burger oblong ayam/lembu.
- Roti burger bulat/panjang.
- Telur ayam.
- Majerin.
- Bawang/tomato/salad/sayur/nenas.
- Sos cili, sos tomato, mayonis.
- Black pepper/white pepper.
- Sos tiram/seasoning.

Jika anda punya kawasan lapang, mungkin anda mahu buka meja untuk customer makan. Maka perlu lah kamu sediakan meja, kerusi, tisu, pembantu, susu, garpu, pisau hiris dan sebagainya. Kebiasaannya kalau mahu buat begitu anda kena la tambah tempat buat air. Customer datang makan mesti mahu minum juga.

Harga perlu dititik beratkan juga kerana dari situ lah kita mendapat keuntungan, pelbagaikan menu maka dapatlah taruk bermacam2 harga dan customer boleh memilih mahu mahal atau murah. Jangan keuntungan yang dapat sekdar balik modal sahaja. Apepun belajarlah dari kesilapan.

Sesudah semua itu bolehlah perniagaan dimulakan. Semoga saya berjaya menjalankan perniagaan burger suatu hari nanti. Mohon maaf andai tips2 yang saya kongsikan di sini bersama anda tidak menarik kerana saya mencoret berdasarkan apa yang saya fikirkan. Kongsikan lah dengan saya sekiranya anda ada pendapat atau idea yang lebih bernas. Sekian. =)

Saturday, October 1, 2011

History of (my) Handphone =)


Assalamualaikum...
Hari ni saya nak berkongsi tentang handphone2 yang pernah saya guna dari permulaan sampai hari ini(2011)... =) Saya akan berkongsi dengan anda bila zaman/masa saya beli, di mana saya beli, ape yang best dengan handphone tu, ape yang x best dan juga status handphone tersebut sama ada dh jual atau masih ada atau rosak. Mengingati handpnone2 ni semua buat saya perasan bahawa perkembangan teknologi handphone di Malaysia amat lah pantas.
Nokia 3315
Masa beli : Form 3, tahun 2002 dari seorang kawan sekelas. Lokasi : Sekolah Menengah
Harga : Rm 100 (2nd hand)
Apa yang best : Ada game snake dan bantumi...hee hee
Apa yang x best : Pada masa tu teknologi x brpe power lagi, ade nokia 3315 dengan monotone ni kira da bomb lah. So, xde yang x best.
Status terkini : Dah dijual.


Nokia 2100
Masa beli : Lepas tamat form 5. Beli dengan duit gaji kerja sambilan. Lokasi : KB Mall
Harga : Rm100++ (New set)
Apa yang best : Belakang boleh letak gambar awek, keypad sedap, msg bleh simpan byk.
Apa yang x best : Ringtone xmenarik.
Status terkini : Dah jual pada kawan sekelas. Masih digunakan oleh adiknya.


Motorola C380
Masa beli : Sebelum masuk kolej. Awal tahun 2005. Lokasi : KB Mall
Harga : Rm300++ (New set)
Apa yang best : Sound sedap, ade ringtone mp3 lagi tau...
Apa yang x best : Bateri x sepower nokia, xde memori kad, 1 lagu pun xlepas nak kena cut untuk jadikan ringtone.
Status terkini : Dah jual trade in beli handphone baru.


Nokia N-Gage QD (code name : TELUR)
Masa beli : Awal semester 2 kolej. Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm450 + trade in Motorola C380 (Guna duit elaun MARA) =)
Apa yang best : Boleh maen game woo... kau ada? ringtone mp3/wave format, macam2 application leh masuk, Symbian S60 katakan...
Apa yang x best : Xdok kamera lagipon masa beli dok igt pasal nak men game jaa...
Status terkini : Kena curik. (Semoga pencuri tersebut kehilangan nset tu kne curik lagi...Amin)


Nokia 1600
Masa beli : Awal semester 4. Lepas N-gage QD hilang. Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm100 (2nd hand)
Apa yang best : Talking clock jer...
Apa yang x best : Banyak (sebab dah pakai nset power sebelum tu)
Status terkini : Sold sudah...


Nokia 3220
Masa beli : Semester 4 tapi dekat2 nak masuk semester 5. Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm150++ (2nd hand)
Apa yang best : Lampunya bergemerlapan bagaikan disko... heh3...
Apa yang x best : xde memori kad.
Status terkini : Jual sebab wujud tanda2 nak rosssak.


Nokia 3660 (code name : JAMBAN)
Masa beli : semester 5 sebelom praktikal. Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm300++ (2nd hand) + trade in Nokia 3220.
Apa yang best : lebih kurang N-gage QD tapi berkamera VGA.
Apa yang x best : Kameranya menghasilkan gambar bagaikan lukisan water kaler.
Status terkini : Boleh tahan dah tahap kronik dia, format pun dh beberapa kali, so jual!


Nokia 3110 classic
Masa beli : Semester 6 last semester (konon2nya) Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm380 (New set-Zitron) + trade in Nokia 1600
Apa yang best : S40 yang complete function (kamera+video+mp3+memori kad+EDGE). Masa tu subscribe EDGE dengan DiGi nak pakai internet nak buat asignment.
Apa yang x best : Sukacitanya dimaklumkan, kameranya VGA sahaja, sekian.
Status terkini : Bagi kat tunang.


Sony Ericsson W200
Masa beli : Masa extend semester 7 (aku budak x berape pandai, banyak main) Lokasi : Kuantan Parade
Harga : Rm200++ (New Set)
Apa yang best : sound superb best + megabass
Apa yang x best : x ada blutooth tapi ade bagi usb cable.
Status terkini : Bagi pada adik.


CSL DS300
Masa beli : Selepas terima gaji pertama kerja. Lokasi : Digitall Mall, USJ
Harga : Rm300 firm (new set)
Apa yang best : Music sedap (tetapi...)
Apa yang x best : Bising sangat walaupun volume plg lowest. Aksesori susah dapat. China punya fon lah~
Status terkini : Rosak teruk. Tak berminat nak revive kan balik.
[ Maaf xberminat nak letak gambar nset tu :( ]

Nokia 1110
Masa beli : Lepas CSL tu jahanam.
Harga : Rm80 ( beli online via mudah.my)( 2nd hand )
Apa yang best : nset biasa dengan talking clock.
Apa yang x best : terlalu basic utk aku.
Status terkini : Bagi pada adik.


Nokia 6600 fold
Masa beli : Tahun ke-2 kerja. Lokasi : Plaza Sentosa, Alor Setar
Harga : RM400 firm (2nd hand)
Apa yang best : Rekabentuknya cun n stylish gituww, kamera cun + flash lagi tawww.
Apa yang x best : Firmware xstabil, selalu restarting jer.
Status terkini : Bagi pada tunang.


Nokia 2700
Masa beli : Beberapa bulan selepas beli Nokia 6600 fold. Lokasi : Plaza Sentosa, Alor Setar
Harga : Rm300 firm (new set tapi myb water set sebab kad waranti dia bahasa arab)
Apa yang best : Sama macam 3110 classic tapi 3G.
Apa yang x best : kamera xpower (padan dengan harga)
Status terkini : Ada dan masih digunakan.


Nokia 6085 fold
Masa beli : hujung tahun 2010
Harga : Rm 100 (2nd hand beli online via mudah.my)
Apa yang best : Henpon sama macam nokia 3110 classic
Apa yang x best : Brightness skrin cerah sangat.
Status terkini : Masih ada dan elok. Henfon backup.


Nokia E66
Masa beli : Awal tahun 2011 Lokasi : C-Mart, Arau
Harga : Rm350++ (2nd hand)
Apa yang best : Multitasking sungguh.
Apa yang x best : Kuat sedot bateri, sehari 2x caj.
Status terkini : Bagi pada adik.


Nokia 6260 fold
Masa beli : Awal tahun 2011 juga.
Harga : Rm100 (2nd hand via mudah.my)
Apa yang best : S60 yang hebat, bagaikan N93 flip pusing2, xpernah ada masalah ribbon.
Apa yang x best : Memori kad xde. Dah xjual dh jenis tu.
Status terkini : Ada kat rumah. Handphone backup.


Nokia 1202
Masa beli : Valentine 2011 Lokasi : Plaza Sentosa, Alor Setar
Harga : Rm50 (2nd hand)
Apa yang best : keypad sedap menaip, ada torchlite.
Apa yang x best : henpon biasa.
Status terkini : Bagi pada adik.


CSL BlueBerry @ 9500
Masa beli : May 2011 Lokasi : Plaza Sentosa, Alor Setar
Harga : Rm300 (new set)
Apa yang best : Wifi, bateri boleh tahan lama, ade plugin fb dan twitter.
Apa yang x best : application xleh upgrade, kamera 2MP sebelum snap, lepas snap, kualiti VGA jer. Penipu punya henpon. Tertipu aku.
Status terkini : Masih ada. Guna kat mamak yang ada wifi men tenet. =)


Nokia 2720 fold
Masa beli : Julai 2011
Harga : Rm130 (new set beli online via mudah.my)
Apa yang best : Design cantekkk la jugak.
Apa yang x best : Lembab gillerrrr.
Status terkini : Masih ada. Backup phone.


Nokia 5230
Masa beli : Hujung Ogos 2011
Harga : Rm300 (2nd hand beli online via mudah.my)
Apa yang best : Touchscreen dan multitasking dan ada GPS
Apa yang x best : Xde keypad real, selalu jer salah taip msg kalau x tengok pada skrin.
Status terkini : Mainboard crash sebab fail update firmware. Dah terkubur.


Nokia X2-00
Masa beli : Hujung september 2011 Lokasi : Jitra Mall, Jitra
Harga : Rm300 (New set Zitron)
Apa yang best : Kamera 5MP + flash + sound superb nice nice.
Apa yang x best : 2G phone. Skrin saiz kecik 128x160 jer
Status terkini : Tengah pakai ni.



Begitu lah kisahnya... Banyak handphone Nokia kerana saya memang suka pada Nokia. Kelebihan Nokia pada saya adalah, bateri tahan lama, user-friendly, cover set boleh tukar2, pasaran aksesori banyak, sound sedap, dan harga berpatutan dengan function yang disediakan.

Disclaimer : Semua gambar2 di atas bukan saya yang punya. Semua milik Yahoo! Terima kasih kerana menderma yer.