Tuesday, December 6, 2011

Melawat Gunung Jerai

Melawat Gunung Jerai

Pada Ahad yang lepas saya bersama kawan berkesempatan mengunjungi sebuah tempat peranginan yang terletak di daerah Yan, Kedah. Dari Alor Setar menuju ke sana mengambil masa lebih kurang 40minit perjalanan. Asalnya niat nak bawak kawan jalan2 pusing bandaraya Alor Setar, memandangkan masa sudah lebih pukul 3ptg dan bandaraya Alor Setar xde ape yg menarik serta susah parking, maka saya buat keputusan untuk pergi ke Gunung Jerai.

Sebelum ni saya ada membaca blog tentang gunung jerai. Tinggi gunung Jerai ni adalah 1200m dari paras laut. Apa yang menarik perhatian saya untuk pergi ke sana adalah kerana ada jalan yg disediakan untuk memandu kereta ke puncak. Sesungguhnya saya xberape minat nak mendaki melainkan betul2 dlm mood expedisi. :) Dari Alor Setar gunung Jerai ni sayup2 dilindungi awan.

Sesampainya kami di sana, saya bertanyakan dulu pada receptionist di mana jalan untuk naik ke atas, sesudah tahu, vroommmmm vrommmmm kita naik dengan Kembara saya. Jalan ke atas berturap tar dan agak cerun di satu2 tahap, dan bengkang bengkok seperti yg anda boleh lihat menerusi google maps. Apa yang bagusnya, kami semua tidak mabuk jalan berlingkaq!

Jalan pendakian adalah sepanjang 12-13KM dari bawah sampai ke puncak. Udara sejuk memang terasa kalau anda buka cermin kereta semasa mendaki. Mengenai permandangan semasa mendaki, agak bosan dan mungkin menakutkan sekiranya cuaca mendung atau nak hujan.

Di puncak sana sekarang ni ada chalet yang baru dibina. Menurut blog2 terkenal yang pernah pergi, harga chalet tu dlm rm40-rm140 semalaman. Di atas sana tiada kedai2 atau tempat makan lain melainkan cafe milik resort itu. Menurut pengamatan saya terhadap cafe itu, harga adalah mahal. Bagi mereka yg ingin bermalam di puncak gunung Jerai tu saya amatlah mengesyorkan supaya membawa bekal dan peralatan memasak. Jimat.

Permandangan dari atas amatlah menarik dan catik serta indahnya bumi Allah SWT. Layankan beberapa gambar saya dan kawan2. Lain kali saya akan datang lagi mungkin untuk berbulan madu... :D


Entrance Gunung Jerai

Kawasan resort/chalet

Salah satu anjung tinjau kot

Permandang dari atas, memang jelapang padi.

Belakang yang berlampu tu cafe. Bersama kawan2 Nepali.

Candid pic, Hisyamuddin tengah melayan permandangan.


Kemudian hari nanti akan saya uploadkan video menuruni Gunung Jerai yang curam dengan Kembara, sangat menakutkan, tapi saya sudah biasa, xtakut sangat lah... :P