Tuesday, November 29, 2011

Open Office & Libre Office - Alternatif kepada Microsoft Office!

Open Office & Libre Office - Alternatif kepada Microsoft Office!

Assalamualaikum....

Bagi mereka yang tidak menggunakan perisian Windows yang tidak asli/original, kemungkinan menghadapi masalah untuk menggunakan perisian Microsoft Office. Jika mereka download secara pirate, dan serial palsu xdapat di detect, beruntunglah. Bagi mereka yang terkena detect menggunakan serial number palsu, susahlah.

Perisian Microsoft Office ni pada masa sekarang buleh kata perisian yang mesti ada dalam sesebuah komputer. Perisian untuk menaip seperti Notepad dan Wordpad boleh diguna pakai akan tetapi agak terhad penggunaannya. Perisian Microsoft Office yang selalu kita guna adalah seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Ada banyak lagi akan tetapi 3 di atas merupakan yang paling banyak digunakan. Boleh dikatakan untuk mereka yang buat bisnes, memerlukan 3 perisian tersebut. Hari ini saya telah jumpa penyelesaian kepada masalah ini dengan mengesyorkan kepada anda untuk menggunakan perisian open sourse.

Ada 2 perisian open source yang boleh menggantikan Microsoft Office ni iaitu <a href="http://www.openoffice.org/" target="_blank">Open Office</a> dan <a href="http://www.libreoffice.org/" target="_blank">Libre Office</a> . Perisian ini sememangnya percuma. Tidak perlu keluarkan 1 sen pun untuk mendapatkan perisian ini melainkan bayar line internet sahaja. Bak kata mereka dalam website mereka, “you can use it, customize it, hack it and copy it”. Sampai camtu sekali kata mereka bagi menunjukkan free tuh.

Perisian ni memerlukan <a href="http://www.java.com/en/download/index.jsp/" target="_blank">Java Runtime Environment</a>yang mana juga free untuk di download. Saya telahpun mendownload Libre Office pada hari ini dan post untuk hari ini saya bawakan khas dari Libre Office. Sangat-sangat user-friendly perisian ini seakan-akan Microsoft Word sahaja.

Sekian dulu, semoga post kali ini dapat membantu bagi mereka yang bermasalah mencari/mendapatkan perisian untuk menaip dalam komputer. :)

Sunday, November 27, 2011

Apple ipad 2

Assalamualaikum... Hari ini saya update blog menggunakan Apple ipad 2 kepunyaan kawan. Saja nak test power produk Apple kepunyaan STeve Jobs... Boleh tahan lah tapi kelebihan lebih la kalau yg dh biasa dengan touchscreen application la. Saya lebih prefer guna keypad atau keyboard utk menaip. Lebih selesa gitu... Hehe... Sekian lah saya punya update kali ni. ;)