Sunday, October 2, 2011

Berniaga Burger bukan kerja mudah.

Kita selalu membeli burger di gerai2 tepi jalan kan. Ringkas je kan gerai tu? Macam simple dan senang jer sekali pandang. Akan tetapi jika kita cuba perhalusi satu persatu, agak rumit juga sebenarnya. Saya dalam angan2 ada berminat untuk berniaga burger tepi jalan suatu masa nanti. Memandang kan saya ada belajar siket tentang keusahawanan, saya pernah cuba perhalusi selok belok perniagaan burger ni. Coretan demi coretan saya lakukan supaya gambaran angan2 saya tadi 'menjadi'. Rumit dan berisiko jugak sebenarnya bagi saya.

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum berniaga burger antaranya seperti ;
- Minat. Amat penting.
- Lokasi. Mesti dapatkan tempat yang berpotensi untuk untung.
- Kewangan. Modal mesti ada sekurang2nya Rm2000.
- Kebersihan. Makanan yang bersih menyihatkan.
- Menu. Mesti buat menu yang unik yang tiada di tempat lain dan sedap.
- Pandai memasak. Ada cara2 tertentu menyediakan makanan bergoreng ni.
- Hiasan topping. Kena tersusun. Pernah tengok spongebob buat crabby patty??
- Kesungguhan. Jangan hangat2 tahi kerbau saje dan jangan cepat mengalah.

Sebelum buka gerai, sebagai peniaga perlulah cukup syaratnya. Lesen perniagaan kena ada. Tempat nak buka gerai pula hendaklah mendapat kelulusan pihak berwajib. Lesen dan kelulusan ini adalah sejenis dokumen yang wajib ada pada seorang peniaga walau apa jua jenis perniagaannya. Perlu ada sumber elektrik dan air.

Jika sudah ada, beralih pada kelengkapan gerai pula. Kita tengok sesebuah gerai, nampak simple saja. Tahukah anda gerai burger kosong tanpa kelengkapan dijual serendah Rm900?? Jika masuk kelengkapan, boleh mencecah Rm1200. Campur pula bahan2 untuk berniaga, maunyer Rm1500. Jumlah yang agak besar juga tu bagi sebuah gerai kecil. Walaupun begitu, penyediaan peralatan 1 kali sahaja sepanjang berniaga, bahan2 saja yang selalu kena update. =)

Okey sekarang kita sudah ada lesen, lokasi gerai dah dapat kelulusan, dan sudah mempunyai gerai kosong. Elektrik sudah dapat, paip bermeter untuk gerai sudah dipasang. Kita ushar2 plak kelengkapan2 yang wajib ada untuk memasak burger. Apa yang perlu ada pada gerai kita?
- Payung besar. Kalau gerai anda sudah berbumbung, save cost lah.
- Hot plate 4 segi. Mesti tahan karat. Bahaya karat kalau kita termakan karat..
- Dapur gas.
- Tong gas.
- Pisau roti, pisau majerin, pisau sayur.
- Scrapper, sudip, pelenyek roti(maaf saya xtahu nama alat).
- Bekas sayur.
- Penyepit.
- Pembuka tin.
- Botol sos dan botol mayonis.
- Tong sampah. Kebersihan kawasan gerai kena jaga.
- Plastik sampah.
- Apron.
- Blender.
- Lampu dan extension wayar serta soket.
- Baldi, besen, tong.
- Sabun basuh pinggan mangkuk.
- Tong polisterin. Untuk simpan ais dan bahan2 sejuk beku.
- Tuala kecik, kain lap meja.

Sesudah lelegkapan gerai, beralih pula pada bahan2 nak masak burger. Antara bahan2 masakini yang perlu seperti ;
- Daging burger biasa ayam/lembu.
- Daging burger oblong ayam/lembu.
- Roti burger bulat/panjang.
- Telur ayam.
- Majerin.
- Bawang/tomato/salad/sayur/nenas.
- Sos cili, sos tomato, mayonis.
- Black pepper/white pepper.
- Sos tiram/seasoning.

Jika anda punya kawasan lapang, mungkin anda mahu buka meja untuk customer makan. Maka perlu lah kamu sediakan meja, kerusi, tisu, pembantu, susu, garpu, pisau hiris dan sebagainya. Kebiasaannya kalau mahu buat begitu anda kena la tambah tempat buat air. Customer datang makan mesti mahu minum juga.

Harga perlu dititik beratkan juga kerana dari situ lah kita mendapat keuntungan, pelbagaikan menu maka dapatlah taruk bermacam2 harga dan customer boleh memilih mahu mahal atau murah. Jangan keuntungan yang dapat sekdar balik modal sahaja. Apepun belajarlah dari kesilapan.

Sesudah semua itu bolehlah perniagaan dimulakan. Semoga saya berjaya menjalankan perniagaan burger suatu hari nanti. Mohon maaf andai tips2 yang saya kongsikan di sini bersama anda tidak menarik kerana saya mencoret berdasarkan apa yang saya fikirkan. Kongsikan lah dengan saya sekiranya anda ada pendapat atau idea yang lebih bernas. Sekian. =)

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih di atas tips yang diberikan. Suami saya juga memang ada niat hendak membuka perniagaan burer kerana tidak tahan dengan kerjanya sekarang ini.

Anonymous said...

Dulu saya sebgai penyelia di di salah satu pusat pelancongan...dan mempunyai hampir 800 pekerja dibawah saya dan 20 org sebgai atasan saya..15 tahun gak saya berkhidmat..masalah keretakan rumahtangga saya membuatkan saya mengambil keputusan tuk berhenti..dan selang sebulan selepas tu saya mula brniaga burger...memang sebelum ini saya x pernah masak burger..tapi saya kaji n buat dulu kemudian baru saya start jual..perrhh byk gak modal saya tuk beli complete brg keperluan..hampir Rm2500..xpe saya mula usaha dgn perniagaan ini...sebulan dua mula buka...hasil sgt kurang ape tah lagi ade gerai burger yg jaraknye 700m dari gerai saya menawarkan harga Rm2 tuk satu burger biasa...sedangkan saya Rm2.80...perrhh tension gak..sehari dpt Rm30-Rm50 jualan..pastu ia meningkat skit...Rm80-Rm120 jualan..kalau kira untung dlm Rm10-Rm40 sehari..kadang2 xde rezeki saya rugi...setelah 6 bulan saya berniaga...jualan dan pendapatan saya still camtu...mak mula bising...nak bayar nafkah anak lagi...kereta,sewa rumah,api,air,topup dan makan...huhhh mengeluh juga... satu malam lepas saya tutup gerai dlm kul 2pg kawan saya ajak lepak minum kat kedai mamak tgh kl...tgh2 minum saya tgk kT situ xde org jual burger...sedangkan kedai mamak ade 2, kedai melayu ade 3...tambah plak ade byk club kat kawan tu..saya rengankan mulut saya tanya mamak tu boleh z saya buka gerai burger kat sebelah restoran dia...dia ckp boleh...dulu ade org jual tapi dah 4 bulan x buka...so saya terfikir...tuk saya cuba berniaga di kawasan tu...lepas seminggu saya mulakan perniagaan burger di sebelah kedai mamak tu...2-3 bulan pertama Alhamdulillah saya dpt la untung dlm Rm50-Rm100 sehari...dan saya berniaga sampai ke hari ini...skrg sayamemperolehi keuntungan Rm200-Rm500 sehari..dan saya mengambil 2 pekerja tuk bantu saya dan tambahan pendptan saya...saya sertakan menjual air...pekerja saya sgt bagus dan pantas buat keje...saya upah mereka dengan kadar Rm40-Rm70 sehari..bergantung pada jualan...skrg burger saya makin terkenal..pemain tennis no.1 Malaysia adalah customer saya yg xkan beli burger di tempat lain...dia ckp burger saya paling sedap...Alhamdulillah...selain tu..pemain bola sepak Malaysia..artis2 bisnesman dan pelancong asing ramai dah try burger saya...Alhamdulillah...itu la usaha...bila dah usaha perlukan kesabaran bila ada kesabaran perlu juga ketaqwaan dari yg Maha Esa...pasal jual burger nie la saya dpt gi Jepun bawa mak saya sebgi hadiah hari ibu...tauke burger2 yg lain pun ramai beli n tgk saya buat...time tu la saya malu sebab saya baru lagi jual burger dan xde pengalaman dan skill...sesape yg telah membaca nie...boleh la singgah dan cuba burger saya...BURGER SOPAN... nak tau dimana...boleh email saya sofhan82@gmail.com

Unknown said...

Good yg penting...usaha..
Sy pon plan nak bukak...sbb sy ade resipi sendiri...dr keje ngn org...kita susah2 keje bos goyang kaki dpt duit..baik bukak sendiri ,ade skill n resipi sendiri...😊sy pon plan nak bukak dekat2 kedai mamak yg bukak 24jam hehe