Sunday, May 12, 2013

SKMM Smartphone Rebate Rm200

Assalamualaikum...
Dah dkt setahun x update blog. Sibuk dan macam2 yg berlaku memaksa melupakan seketika pasal blog. Kisah terbaru aku adalah berkenaan rebet rm200 SKMM utk smartphone.

Aku baru sahaja lepas menuntut rebet tersebut lebih kurang hujung bln lalu. Kali ini lebih banyak pilihan dan yang bagusnya tanpa kontrak! Awal2 dulu SKMM mengatakan rebet hanya utk smartphone bwh rm500 sahaja. Tapi skrg ni semua jenis smartphone boleh guna rebet. Dulu rebet hanya ditawarkan oleh telco di Malaysia iaitu Maxis, Celcom, Digi, Umobile, Tunetalk, YES, SengHeng dan juga SenQ.

Aku dh tuntut rebet aku dengan membeli henpon jenama Ninetology Blackpearl II. Ninetology ni leh diibaratkan seangkatan dgn jenama CSL. Kira henpon china/taiwan diMalaysiakan. Ninetology ni khabarnya berpengkalan di Sabah, Malaysia.

Apa yang menariknya sampai buat aku membeli henpon ni adalah kerana keperluan aku yg mahukan smartphone utk berwhatsapp dan bersocial sepenuh masa. Ceh, mcm pekerjaan plak. Jadi sasaran aku yg xsemahal iphone4s tapi cukup canggih spec nya diantara smartphone di Malaysia ni.

Phone ni didatangkan dgn android sbg O.S nya yg mana versi 4.0 (ice cream sandwich). O.S ni khabarnya yg stabil buat versi android dan boleh download lebih byk game berbanding versi 2.3 (gingerbread). Processornya 1ghz tapi brand x sohor iaitu Mediatek buatan taiwan kalau xsilap. Laju memey laju browsing. RAM cuma 512mb. Kira2 specnya setaraf Samsung Galaxy Advance. Tapi dah cukup memadai bagi aku.

Phone ni kelemahanya satu je. Launcher GO digunakan dan xboleh remove. Sejujurnya aku xberapa minat dgn launcher GO ni. Memakan RAM yg byk. Apepun masih laju je henpon ni. :)

Harga phone ni sebelum rebet adalah rm599. Selepas rebet dapat rm299. Kerana manufacturer turut menyediakan rebet sebanyak rm100. Bermakna anda dpt rebet sbyk rm300 utk phone jenama ninetology ni. Untung kan?? Earphone nya mcm earphone beats. Sound memey sedap. Charger biasalah miniUSB yg boleh digunakan sbg kabel USB utk transfer file dr pc ke phone.

No comments: