Tuesday, March 6, 2012

Jalan - Jalan Cari Makan di Rasamas


Salam 1 Malaysia,

Niat asalnya nak pergi makan di Tesco Mergong Alor Setar malam ini sebagai dinner. Biasa gi sana makan roti sosej, roti floss ayam dan juga biskut tat dari kedai bakery yang ada di sana, tapi malam ni rasa nak makan sizzling yee mee kat food court. Tengah menuju ke sana, isteri mesej kata mahu makan bersama suami Sabtu nanti bersama di Kota Bharu. Seronok jugak makan berdua, so ubah tujuan, masuk lah ke Rasamas mencuba makanan di sana.

Orang agak ramai, tapi meja hujung yg sedikit tersorok ade kosong. Saya suka makan tempat2 ala gtu. Sebaik sahaja duduk datang pelayan memberikan menu booklet untuk memesan pesanan. Belek punya belek nampak chicken chop sedap. Terus order chicken chop. Well harus dan wajib aku katakan harga di Rasamas agak mahal dan x reasonable jugak. Tambahan ada service charge dan Government tax lagi.

Chicken chop yang aku makan tu berharga Rm14.20. Chicken chop ni ada 2 versi, 1 versi chicken chop bersama wedges, manakala satu lagi chicken chop bersama nasi. Harga kedua-dua versi ini sama iaitu Rm14.20. Harga minuman jugak mahal. Paling murah untuk dipilih adalah minuman bergas yang terdiri dari pada Pepsi, Strawberi, Revive, Mountain Dew. Aku order Mountain Dew yang berharga Rm3.20.


Ingat nak kuar dah masa tu tengok harga mahal, tapi sebab duduk seat hujung rasa malu la pulak nak kuar, maka kamikaze je lah makan kat situ. Sesampai apa yg diorder sgt xpuas ati. Kenapa ayam kecik sgt x mcm dalam gambar! Arghhhhh.... Air pun gelas kecik jer. Patot masok kfc td bukan masuk Rasamas...

Kalau gi kfc td dh dapat beli dinner plate dah. dapat 3 ketul ayam, coselaw, mashed potato, bun, dapat air sekali gelas besar sikit pada gelas kat Rasamas ni. Apa boleh buat makanan pun dah sampai, makan aje lah. Rasa chicken chop kat Rasamas pun biasa saja mcm kat luar punya chicken chop yang berharga lebih kurang Rm8 - Rm9. Rugi, rugi, rugi.

So, pada yang rasa nak makan kat Rasamas tu silalah berfikir banyak2 kali. Atau boleh tengok dulu senarai menu dan harga di laman wen Rasamas di SINI :)

Cheers!!

1 comment:

Rasamas said...

Nice review for Rasamas and we appreciate it. Do give more comment at http://malaysiafood.org/rasamas/