Thursday, March 15, 2012

5 Cara Menghubungi TNB Care Line (TNBCL)

Salam 1 Malaysia,

Rasanya ramai yg dah tahu tentang hal ni, pasal bil letrik terkini ada memaparkan tentang hal ini di halaman belakang bil. Apa pun bagi yg xberapa perasan tentang hal macam ni, sila la teruskan pembacaan.

Terdapat 5 cara untuk menghubungi TNBCL sekiranya anda menghadapi masalah bekalan elektrik di rumah anda atau di tempat2 lain yg mana memang meng-spoil kan mood.

5 cara tersebut adalah :

1) Call @ Sms nombor 15454
Daftarkan dulu melalui sms dgn cara menaip REG dan hantar ke nombor 15454.
Kemudian untuk melapor masalah menerusi SmS, taip BD atau L dan hantar ke 15454.
*BD = untuk melapor gangguan bekalan.
*L = untuk melapor kerosakan lampu jalan.
Anda kemudian akan menerima 1 SmS pengesahan alamat kejadian. Balas SmS tersebut dengan Y atau N.
*Y = sekiranya alamat seperti dalam SmS trsbut tepat.
*N = sekiranya berbeza dgn alamat yg di SmS kan kpd anda oleh phk TNB.

Perkhidmatan SMS ini adalah percuma oleh TNB. Tidak pasti sama ada telco akan caj atau tidak SMS yg dhantar.

2) Call @ Fax
Untuk pertanyaan bil dan akaun, anda boleh call atau fax ke nombor 1300-88-5454.

3) Menghubungi TNBCL untuk pelbagai masalah menerusi emel ke <tnbcareline@tnb.com.my>

4) Laman web TNB
Www.tnb.com.my

5) Laman Sosial Facebook
Www.facebook.com/tnbcareline

Cheers :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: