Tuesday, March 20, 2012

CSL Mi350 android Froyo bawah Rm500

Salam 1 Malaysia,

Hari tu dh jatuh cinta ngan android, lepas survey-an dibuat, mula2 yg berkenan di hati ada lah dari brand CSL. Modelnya ada lah Mi350. :)

Dengan bajet bawah Rm500, gadget ini boleh didapati di pasaran dgn harga sekitar Rm400-Rm500. Ini model lama jadi dh turun harga byk la. Di awal pelancaran, harga gadget ini ada lah Rm699.

Ape yg ada pada Mi350 ni. Mari kita selami dari luaran serta dalamannya. Apakah keistimewaannya sehingga membuat sy add dia dlm senarai Android Wishlist sy. Kita mula dgn saiz, tingginya 114.8mm, lebarnya 62.8mm dan ketebalannya 14.7. Saiz yg ideal utk tapak tgn sy. Mengenai skrin, nset ni menggunakan 3.5" HVGA capacitive touchscreen (480x320). Boleh lawan Galaxy Y skrin dia.

Sebagai memenuhi keperluan internet di smartphone, nset ni ada network GSM, Gprs, EDGE, UMTS, 3G dan xketinggalan mempunyai wifi juga. Sebagai memenuhi keperluan golongan muda untuk bermusic, gadget ini dilengkapi dgn mp3 player, video player dan juga FMradio. 3.5mm audio jack yg disediakan betul2 up-to-date dgn teknologi terkini. Bravo CSL!

Operating System android ini adalah Froyo 2.2 dan khabarnya boleh di upgrade ke Gingerbread 2.3 yg mungkin lebih baik ciri2nya. Menurut seorang kawan, bermula dgn Froyo, version tersebut sudah stable jika nak dibandingkn dgn versi android sebelumnya iaitu Eclair dan Donut. Mengenai processor, gadget ini menggunakan Qualcomm. Sama brand dgn yg diguna dlm Blackberry Storm. Bersama itu jgk 512RAM dan 512ROM disediakan.

Gadget ini dilengkapi dgn A-GPS bersamanya. Bravo, GPS adalah sesuatu yg sy inginkn. Port charging nset ini menggunakan USB 2.0. Barangkali cucuk USB ke PC atau laptop jgk blh mengecaskan gadget ini? Untuk menampung semua ini, gadget ini didatangkan bersama bateri 1500mAH.

Agak berbaloi untuk dimiliki. Andaikata sy mahukan ini, sy xboleh lmbt2 kerana model ini adalah model lama dan dalam proses penghabisan stok.

Sekian.

No comments: