Wednesday, March 21, 2012

Lebuhraya Ke Neraka

Salam 1 Malaysia,

Sebentar td sy menonton sebuah rancangan berbentuk forum yg diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu yg menampilkan moderator saudara Amin Idris dan ahli panelnya Ustaz Zaharuddin, Mamat Khalid dan penyanyi Nora. Forum ini bertajuk 'Hiburan di Malaysia, ke Mana Arah Tujunya'.

Pelbagai kupasan dan kupasan berkisar tentang hiburan yg disajikan di Malaysia, bentuk pengisiannya, dan ke mana serta bagaimana hala tujunya di masa akan datang. Secara kesimpulan, Nora menyatakan apa saja yg kte mahu lalukan, nawaitu atau niat kena betul. Mamat Khalid pula menceritakan pengalamannya membuat filem bagaimana memasukkan elemen2 tersirat dan menyebarkan kepada penonton. Berkenaan ustaz Zaharuddin, sy tertarik dgn satu ayat dan saranan beliau buat semua iaitu 'MLM yang paling menguntungkan adalah menyampaikan ilmu yang bermanfaat'. Walau kita tidur skalipun, andai ilmu yg kte sampaikan digunakan oleh org laen kte tetap mendapat pahala.

Berkenaan tajuk post saya kali ini, ia merupakan filem terbaru Mamat Khalid yg berunsurkan dakwah. Sebelum beliau menghasilkan filem ini, beliau kerap merujuk pada mufti dan ulama berkenaan apa yg boleh dan tidak boleh dipertontonkan. Di forum tersebut turut ditayangkan sedikit trailer filem tersebut.

Menampilkan tonggak utama Awie, dan turut dibintangi oleh Khir Rahman dan Shah Jazsle serta ramai lagi. Agak menarik dan membuat saya menunggu-nunggu nak menontonya. Tajuknya pun agak menggugat jiwa. Lebuhraya ke Neraka.

Sekian... :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: