Monday, March 5, 2012

Berkenalan dengan jenis-jenis paip air :)

Salam 1 Malaysia!

Oleh kerana aku merupakan seorang Site Supervisor terkenal di Malaysia. Oke tipu je. Aku nak kenalkan pada semua jenis2 paip air yg digunakan di Malaysia. Jenis2 paip ini aku dapat tahu setelah 2tahun setengah bekerja dengan kompeni Loo Sek Choy Plumbing Construction Sdn Bhd.

Buat masa sekarang jenis2 paip air ada 7 jenis semuanya, andai ada lebih jenis2 lain, mohon maaf sy tidak tahu. Jenis2 paip yg ada namanya : PVC, UPVC, Galvanise Iron, HDPE, Mild Steel, Ductile Iron, dan Cast Iron.

Mari kita berkenalan setiap satunya dimulai dengan PVC.Paip PVC ni biasanya digunakan dalam rumah sahaja. Biasanya paip PVC ni berwarna kelabu. PVC itu bermaksud Polyvinnyl Chloride. Sambungan antara paip ke paip PVC menggunakan gam paip biasanya berwarna biru. :)


Yang kedua iaitu uPVC. uPVC bermaksud unplasticised Polivinnyl Chloride. Warna paip jenis ini biasanya putih. Paip ni biasa kita boleh jumpa sebagai paip saluran air hujan dan saluran buang lubang tandas. Sambungan paip ke paip jenis ini menggunakan gam. :)


Galvanise Iron biasanya boleh dilihat pada meter air. Paip ini warnanya silver. Paip jenis ini tahan lama akan tetapi akan menjadi karat di dalam dan akhirnya menyebabkan paip tersumbat. Sebab itu paip jenis ini kurang diguna di dalam rumah. Oleh kerana paip ini tahan lama, maka harganya juga lebih mahal berbanding 2 yang td. Paip jenis ini mempunyai
thread luar untuk menyambung antara paip.


Seterusnya mari kita berkenalan dengan paip HDPE atau nama panjangnya High Density Polyethylene. Biasa kat kedai hardware paip ni kita panggil sebagai Poly je.Paip ni flexible, boleh dilengkungkan xmacam paip2 len. Sambungan antara paip ni menggunakan sambungan khas dipanggil Poly Socket.


Kelima, paip jenis besar kegunaan industri dan luar rumah yang dipanggil sebagai Mild Steel. Paip ini adalah besi dan untuk menyambungkan antara paip sejenisnya adalah dengan Welding menggunakan welding rode untuk besi. Kebiasaan paip ini panjangnya 6m. Sebelah hujung paip diameter besar manakala sebelah lagi kecik, ini dinamakan spigot-end.Paip ni ada simen lining di dalam sebagai protection mengelakkan besi paip ini berkarat.


Ductile Iron juga paip besi akan tetapi tidak boleh welding. Paip jenis ini juga paip luar rumah dan juga kegunaan industri. Sambungan paip ini sama seperti paip Mild Steel kerana hujungnya jenis spigot-end. Panjang paip jenis ini biasanya sebatang 6m. Sekiranya paip ini telah dipotong, maka penyambungan hendaklah menggunakan alat yang dipanggil Long Collar atau juga dikenali sebagai Coupling Joint.


Cast Iron juga merupakan paip besi dan sambungan melalui cara welding akan tetapi menggunakan welding rode untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang 1inci. Sama seperti paip di atas sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong, hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang kerana tidak tahan hentakan, sekiranya terhentak, boleh pecah.


Jenis paip yang terakhir adalah Asbestos Cement. Asbestos pada masa kini sudah dianggap material bahaya maka tiada lagi penghasilan produk jenis ini. Produk ini sangat mudah pecah dan perlu cermat bila memasangknya. Sambungan seperti juga paip Mild Steel, Ductile Iron dan Cast Iron iaitu spigot-end. Sekirang dipotong juga terpaksa menggunakan Long Collar atau
Coupling Joint.



Sekian, dan selamat berkenalan. :)

5 comments:

Anonymous said...

normally, harga galvanized pipe berapa ringgit bagi satu meter? Adakah tiap tiap galvanized pipe screw dekat dua end ?

Unknown said...

paip stainless tiada dlm senarai mungkin penulis terlepas pandang

Anonymous said...

Artikel 2012, mungkin masa tu baru sangat kat pasaran atau tersangat mahal.

Unknown said...

Wow, What an Outstanding post. I found this too much informatics. It is what I was seeking for. stainless steel buttweld fittings

Anonymous said...

Perkongsian yg bermanfaat